Hak Milik Orang Vs Hak Milik Sendiri

A : Salam bang, rumah nie boleh disewakan tak?

#respond dari unit untuk dijual berharga RM xxxk..

Agent : Wasalam… unit tu untuk dijual sahaja… Owner xnak disewakan…

A : Saya mencari rumah untuk disewa. Insyaalah akan berkahwin dalam masa terdekat nanti.

Agent : Alhamdulillah… Tahniah…. Brape ya bajet nak sewa rumah tu?

A : Dalam RM 800 – rm 1000….

Agent : (Speechless)

: Dikkk, anggaran nak bayar untuk sewa tu boleh bayar sebiji rumah dikkkkk… biarlah kecil atau sesuai dengan kemampuan sekarang….

A : (ikon senyum)

Agent : Saya dapatkan satu unit dalam range sewa tu TAPI bayar untuk rumah sendiri boleh? Lokasi kat xxxxx…..

A : Jauh la bang…

Agent : 10-15minit maksimum dikkk… xjauh mana pun..duit pun jimat dan at least dah ada rumah…..

A : Kalau boleh nak cari untuk disewa dulu la bang… kat area xxx….

Agent : Okey2… kalau ada nanti abg update ya dik…..

To Think : Market sewa masih ada dan tetap ada bila kesedaran untuk memiliki rumah sendiri kurang…

Buat keputusan untuk diri sendiri dan keluarga.. Nak jadi penyewa atau nak jadi pemilik? Apa2 pun hartanah masih pelaburan terbaik untuk masa dulu, sekarang dan akan datang….