RUMAH MAHAL KE ALASAN KORANG YANG LEBIH-LEBIH? °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

🔘 Rumah rege Yahudi. Itulah yang sering Abe dengar bila Abe jumpa clients Abe yang muda Gen Y. Awas, panjang❗

🔘 Tapi tahukah anda masalah rumah mahal ni bukan hanya kat Malaysia? Kat Jakarta pun mahal. Kat China pun mahal. Kat Israel Darul Jahannam pun mahal!
.

#PerbualanAbeDanAnakMuda

🔘 So hari ni jom Abe share kisah perbualan Abe dan anak muda ni. Dia client Abe. Bila Abe jumpa client, Abe suka share ilmu hartanah. So jom layan.

🔘 Soalannya: Abe dulu ada berapa rumah masa Abe usia 28? Tanya client Abe.

🔘 Abe ada 3 buah. Total ansuran bank ialah RM 3,200. Jumlah harga belian ialah RM 515 ribu.

🔘 Abe bolehlah beli zaman 2005 dulu. Dulu harga rumah murah, kata client Abe.

🔘 Ye ke dik? Zaman dulu kadar keuntungan bank ialah 7% ke atas. Sekarang 4.3% pun ada. Banyak tu beza.

🔘 Kalau harga rumah 515 ribu sekarang, ansuran ialah RM 2,450. Abe bayar extra 750 Ringgit zaman tu!
.

#AlasanOverdose

🔘 Alah, gaji kami sekarang kecik. Zaman tu gaji Abe dah besar.

🔘 Ye ke dik? Zaman 2005 gaji gabungan Abe dan isteri hanyalah RM 5,500. Gaji adik dan suami berapa? Adik 28 tahun kan?

🔘 Err, gaji kasar kami RM 8,500.

🔘 So camne pulak Abe dan isteri yang gaji RM 5,500 sebulan yakni RM 3,000 lagi kurang dari adik dan suami boleh beli rumah yang ansurannya RM 750 lebih mahal dari ansuran pinjaman RM 515 ribu?

🔘 Cer adik fikirkan?

🔘 Alah, zaman dulu harga barang murah.

🔘 Betullah sebab tu gaji korang tinggi sikit dari kami dulu. Tapi dulu Abe beli kancil bayar RM 385 sebulan. Kancil manual lagi tau?

🔘 Sekarang ni Abe pakai Axia Auto pun RM 386 sebulan. Beza singgit je.
.

#ManaAdaRumahMurahDahAbe

🔘 Dulu rumah pertama Abe beli harga RM 200 ribu. Sekarang mana ada rumah harga RM 200 ribu undercons?

🔘 Adalah dik. Rumah Selangorku ada je kat Sekitar Setia Alam ni harga RM 200 ribu. Awat tak beli?

🔘 Rumah subsale pun ada rege RM 200 ribu. Awat tak beli?

🔘 Alah, nursery sekarang mahal Abe. Dulu nursery RM 300. Sekarang dah mahal.

🔘 Letihlah Abe nak berdebat dik. Adik menang jelah.

🔘 Cuma Abe nak cakap satu je dik. Selagi adik bagi alasan dan tak simpan duit bulan-bulan, selagi tulah adik tak mampu jadi cam Abe.
.

#BeliKeteMahalTakpePulakYa?

🔘 Tu kunci Toyota Vios atas meja. Adik pakai kete rege RM 80 ribu ya?

🔘 Ya Abe. Takkan nak pakai Axia.

🔘 Memang patutlah hang banyak ngomel. Kete mahal boleh beli. Mana takde duit nak simpan untuk beli rumah.

🔘 Cuba adik fikir. Apasal Abe pakai Kancil Manual? Sebab Abe nak beli rumahlah. Abe ikat perut. Shopping baju pun jarang.

🔘 Korang tu beli tudung pun sampai beribu-ribu. Manalah tak pokai.

🔘 Stocking berlubang ke spender berlubang ke Abe tak kisah. Janji Abe boleh beli rumah.

🔘 Dengan tiga rumah tulah Abe mampu dapat downpayment untuk rumah Semi D 2 juta Abe ni dik.
.

#FocusOnGoalNotOnObstacle

🔘 Inilah Law of Attraction. Kalau korang suka bagi alasan, korang akan nampak halanganlah setiap masa.

🔘 Kalau korang fikir pasal peluang dengan positif, peluanglah yang korang akan nampak.

🔘 Jadi simpanlah duit untuk downpayment dan kos beli rumah. Kalau korang tak mula menyimpan dalam tabung rumah korang, sampai bila-bila pun korang takde duit downpayment.

🔘 Toksah haraplah duit bonus tu. Abe gerenti korang guna untuk bayar hutang kad kredit dan insurans dan maintenance Vios tu kan?

🔘 Kalau gaji korang kecik carilah jalan untuk tambah pendapatan. Ni tidak…balik kerja layan meletop. Tak pun main PUBG.

🔘 Orang ajak buat takaful ke, REN ke, Coway ke, Unit Amanah ke, pandang sebelah mata. Hina sangat agaknya kerja sales ni.

🔘 Suruh kerja smart kemudian lompat company tak berani. Habis tu nak salahkan siapa lagi dik? Takkan salah Najib lagi kot?
.

#MoralOfTheStory

🔘 Jangan jadi negatif dan jana alasan. Winners do not whine.

🔘 Tak semestinya korang kena beli rumah pelaburan. Rumah tu one of investment instruments je. Ada banyak lagi financial instruments lain tau?

🔘 Tapi apa-apa pun, korang kena usahalah beli rumah untuk didiami. Hidup kena ada goal.

🔘 Paling susah pun mulalah bina Tabung Beli Rumah. Sikit-sikit pun takpe, nanti lama-lama jadilah bukit.

🔘 Semoga celoteh petang Selasa ini bermanfaat. Until Then, Happy Stopping Creating Lame Excuses. Ingat, di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya❗

# credit to Abe Nazz Zain