PROJEK RUMAH MAMPU MILIK TERBESAR DI PERAK

MB Peja pagi ini menyempurnakan Majlis Perasmian Perakuan Siap Dan Pematuhan (CCC) Fasa 1, Projek Bandar Baru Setia Awan Perdana di Manjung sebentar tadi. Dalam fasa 1 ini, sebanyak 1,147 buah rumah telah disiapkan dengan MB Peja turut menyempurnyakan gimik penyerahan kunci kepada 50 pembeli terawal.

Projek yang dibangunkan pemaju, taraf Nusantara Sdn. Bhd. (TNSB) iaitu syarikat usahasama antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dengan Blossom Eastland Sdn. Bhd. tersebut bakal muncul sebagai projek yang menawarkan bilangan kediaman mampu milik terbesar di Perak dengan jumlah 10,500 unit.

Dengan harga tawaran di bawah RM200,000 para pembeli di kawasan tersebut bakal menikmatik kemudahan bertaraf lima bintang dengan kewujudan taman agro seluas 15 ekar serta rumah kelab eksklusif dilengkapi kolam renang saiz olimpik, gelanggang badminton, dewan serbaguna serta laman trak makanan.

Selain itu, kawasan tersebut juga akan dibangunkan menjadi bandar baharu yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan antaranya menara pejabat, klinik serta rangkaian restoran makanan segera terkenal. Malah pejabat Majlis Perbandaran Manjung juga akan berada dalam kawasan pembangunan tersebut.

MB Peja dalam ucapannya menzahirkan keyakinan bahawa pewartaan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai bermula 1 Januari 2020 serta kedudukannya yang terletak berhampiran dengan Lebuh Raya Panti Barat akan melonjakkan lagi pembangunan di situ sekali gus mewujudkan limpahan ekonomi yang sangat besar kepada penduduk setempat dan negeri Perak amnya.

Hadir sama legenda badminton tanah air, Datuk Misbun Sidek yang bertindak sebagai duta projek tersebut di mana beliau akan turun ke kawasan itu dalam tempoh tertentu untuk menurunkan ilmu kepada anak-anak muda di situ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *