KAKITANGAN AWAM YANG BUAT PEMBIAYAAN PERUMAHAN LPPSA BELI RUMAH DENGAN PEMAJU TIDAK BOLEH DIKENAKAN FAEDAH LEWAT BAYAR OLEH PEMAJU SELAMA 6 BULAN?

1. Kalau anda nak tahu, ada satu Klausa dalam Perjanjian Jual Beli pindaan kepada Peraturan-peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) berkuatkuasa 1 Julai 2015, sebenarnya melindungi kepentingan kakitangan kerajaan yang membeli rumah dengan pemaju dan membuat pembiayaan perumahan dengan LPPSA.

2. Klausa Perjanjian Jual Beli yang menggunapakai Jadual G dan H Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) tersebut menyatakan antara lain:

▪ Sekiranya Pembeli telah mendapat kemudahan kewangan daripada Kerajaan, Pemaju tidak boleh mengenakan caj pembayaran lewat kepada Pembeli terhadap mana-mana bayaran progres yang dituntut bagi tempoh 6 bulan daripada tarikh Perjanjian Jual Beli.

▪ Ertinya, dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh Perjanjian Jual Beli, untuk pembeli-pembeli yang membuat pembiayaan Kerajaan, Pemaju tidak boleh mengenakan caj pembayaran lewat kepada Pembeli.

▪ Pindaan ini dapat menyelesaikan masalah Pembeli-pembeli yang membuat pembiayaan kerajaan yang terpaksa berhadapan dengan tuntutan faedah lewat bayar daripada Pemaju disebabkan kelewatan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) melepaskan (disburse) bayaran pembiayaan tersebut kepada Pemaju.

Jadi kepada peminjam pembiayaan perumahan LPPSA sila ambil maklum tentang hak dan kelebihan yang ada pada anda.

Sekian, terima kasih,

Oleh:

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Peguam Hartanah
Timbalan Presiden, 
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *